Friday, April 29, 2011

Hari2 Terakhir....

Assalamualaikum semua...

Hari nih kita nak feeling sedih2 sikit ye. Hari2 terakhir di UiTM Kedah terchenta semakin hampir. Malam nih malam last duduk kat UiTM nih ha. Malam nih lah last makan kat dining, last pergi pengkalan iman (koperasi), last on9 guna wifi kat sini dan last macam2 lah.

Untuk mengurangkan lara di hati dan sebelum saya balik ke Bandar Baru Bangi, pegi lah jalan2 dekat Sungai Petani tuh. Oke jalan2 di sini memang bermaksud jalan2. Keluar punye lah awal dari UiTM . Pegi makan je pun. Lepas2 tuh jalan2 kat Village Mall tuh sampai ke petang.

~Makan SR di Village Mall yang entah biler boleh masuk lagi~

Plan awal nak tengok wayang, tapi tengok movie takde yang menarik di hati. Jadi mengambil keputusan untuk jalan2 cari makan sahaja. ahahaha.

Pagi tadi bangun dengan semangatnye sebab nak pack barang balik ke rumahmanisrumah saya. Dah kemas2 baru sedar banyak giler lah barang2 nih ha. Muat ke tidak nak sumbat dalam bonet kete tuh ha. Ibu kata kalau tak muat tinggal je lah. hikhikhik.

Baik semua. Inilah keje kita bersama member2 sebelum berangkat pulang ke tanah air terchenta. *ewah buat macam study kat obersea nih ha. ahahaha.

~Barang semua dah siap pack. Tinggal nak sumbat je~

Sayonara UiTM Kedah. Nanti kalau ade jodoh kita jumpa lagi ye.


p/s:harap2 datang kedah bukan lagi sebagai student DIPLOMA!!!!*_*

Wednesday, April 27, 2011

Penunggu Istana + Entry Comeback...

Assalamualaikum semua...

Apa kabar????Sehat tak???Saya kurang sehat sebab batuk2 sikit. Macam biase lah gatal nak minum ais jugak even tekak tengah sakit. Sebab tu batuk tak baik2 kan?ahaha.

Dah lama giler2 lah tak hapdate blog shayang ni kan. Bukan ape baru je lepas habis final exam. Final exam untuk final semester. Hope everything okay lah. Risau kot. Dah lah final semester nih.

Biase lah kan. Biler dah abis final exam mula lah rasa macam nak buat macam2. Ape lagi semalam terus buat rombongan pergi tengok wayang, makan2 n main bowling. Seharusnye keluar dengan member2 lah kan. Ye lah kan ni final semester. Lepas nih mana tau dah tak boleh jumpa lagi kan kan kan???Nanti next entry saya cerita ek.

Oke, sekarang nih mati terus ke tajuk utama iaitu MOVIE REVIEW.

Movie yang akan di'review' ialah: PENUNGGU ISTANA...


Semalam pergi tengok cerita nih lah. Nik Nadhirah lah yang beriye-iye nak tengok. Kitorang pun follow lah sekali. Tengok ramai2 kurang sikit takot. ahahaha.

Cerita nih oke lah. Seram ke?Pada saya memang seram.

Cerita nih rasanya lagi seram dari paranormal activity yang cite omputih tuh. Footage2 yang diorang amik dalam cerita nih sumpah real giler lah. Paling seram masa Amar hilang tuh. Sumpah seram. Tiba2 kot. Dah lah sebelum hilang tuh dia macam kena rasuk. Tenung camera tuh tak nak lama pulak. Yang scene bunuh2 tuh sumpah macam real jugak. Bunyi seriously seram.

Tapi satu je tak best. Cerita nih habis macam tuh je kot. Ending die 'hang'. Soalan aku dengan member2 aku lepas habis cerita nih-"hidup lagi ke pelakon2 yang berlakon dalam cerita nih???"

Oke cukup2. Kalo sape2 yang belum tengok plus peminat cerita horror, disyorkan pegi tengok. Rasanye berbaloi-baloi.

Oke semua...Selamat menonton okeh???