Sunday, December 26, 2010

Blog Artis-artis Kita....

Assalamualaikum semua....

Disebabkan semalam bersamaan dengan hari sabtu saya sekeluarga dah keluar pergi jalan2, so hari ni kitorang semua duduk kat rumah je. Hari ni hari melepak-lepak di rumah bersama family terchenta. Sambil melepak-lepak tu macam biasa lah saya akan melakukan rutin harian iaitu BW dan hapdate blog ni.

Macam biase lah, tengah syok BW jumpa lah bermacam-macam blog termasuk lah blog artis-artis kita yang kat Malaysia ni. Blog yang first sekali saya jumpa blog Eizlan Yusuf. Lepas2 tu lah baru saya jumpa macam2 lagi blog artis2 kita ni sebab kat blog Eizlan tu ada macam2 link blog2 artis yang lain.

Okay semua, cakap je tak guna. Buat abih air liur je. Kat bawah ni lah antara blog2 artis yang saya sempat jalan2. Moh kita tengok....So, check it out....










Takat ni saya jumpa 8 blog je. Rasanya ade lagi kot ek??Kalau korang semua rasa nak baca gak blog2 artis ni boleh lah klik terus gambar2 kat atas tuh. Have fun.....:)

Saturday, December 25, 2010

Selamat Bercuti...

Assalamualaikum semua....

Mesti semua orang suka kan cuti2 ni. Cuba cakap siapa yang tak suka cuti ni?Budak sekolah tadika pun suka cuti tau tak??Masa cuti ni lah semua orang na buat macam2. Nak pergi holiday kat obersea lah, piknik kat waterfall lah and ade jugak yang nak pergi camping kat dalam hutan.

Tapi tu semua untuk yang berduit & ada masa cuti yang panjang. Macam mana kalau orang tu ada masalah kewangan & waktu yang terhad tapi dia nak buat jugak aktiviti dengan family or kawan2 dia??

Baik, meh sini saya nak ajar cara best untuk selesaikan masalah tu. Caranya ialah bercuti di RUMAH. Bunyi macam boring kan kan kan?? Tapi jangan risau, saya akan suggest aktiviti2 untuk hilangkan boring tu.

1. Maraton DVD

Cuba beli movie2 or cerita bersiri yang korang belum sempat tengok kat telebisyen. Tak kesah lah apa2 movie pun. Contohnya One Tree Hill, Smallville ataupun Friends. Kalau bagi peminat2 Korea pulak korang boleh lah cuba Coffee Prince, Full House ataupun kalau nak sedih sikit boleh tengok Autumn in My Heart. Mesti best!!!Boleh ajak kawan2 korang sekali.

2. Cat Bilik Tidur

Kalau tengok benda yang sama hari2, mesti boring kan??Apa kata masa cuti2 ni korang tukar cat bilik tidur korang. Korang pergi lah mana2 kedai cat, pastu pilih mana2 cat yang berkenan di hati. Tapi, jangan lupa tanya pendapat orang yang pakar untuk elakkan pembaziran. Bukan ape, kalau dah tersalah cat kan dah membazir.

3. Masuk Dapur

Bagi yang perempuan, masa cuti2 ni lah adalah masa yang sesuai untuk korang belajar masak. Bukan apa, kalau dah pandai masak takde lah asik nak makan luar je. Boleh lah save duit sikit kan??

4. Camping Kat Rumah

Bagi yang ada halaman rumah yang luas tu boleh lah camping kat rumah anda sendiri. Untuk lebih feel, cuba pasang khemah lepas tu malam2 tidur dalam khemah. Jangan tidur dalam rumah nanti tak dapat pulak feel pergi camping. Ehehehe.

5. Buat Spa Sendiri

Kalau pergi spa yang kat luar tu mesti mahal kan??Lagi mahal kalau kita buat spa kat satu badan. Apa kata kalau korang buat spa sendiri. Kan sekarang dah ada jual set spa yang boleh beli kat mana2 kedai. Korang beli lah lepas tu ajak kawan2 sekali. Mesti lagi seronok.


Amacam????Okay tak suggestion saya???Ini hanya some of suggestions from me. Korang boleh apply kalau korang rasa nak apply. Apa2 pun saya nak ucapkan SELAMAT BERCUTI untuk semua!!!!


p/s:motif saya post entry ni sebab saya sedih dah nak kena balik Kedah. Sem baru dah nak mula. Meaning that, cuti dah nak abis. Uwaaaaa....

Friday, December 24, 2010

My 12 Minutes Survey...

Saya kena tag dengan Cik Leeya. Thanks for the tag. Mari mula~~Sebelum tu tag ni maybe quite similar dengan tag INI. Tapi takpe. Saya jawab jugak. ^_^

Starting time ; 9.29
Name ; Aida Zafirah
Brother(S) ; 1
Eye Colour ; black
Shoe Size : 6
Hair ; not very long, not very short
Piercings ; nope
What are you wearing right now ; t-shirt n trousers
Where do you live ; malaysia
Favourite number ; 8
Favourite drink ; fresh orange
Favourite Breakfast ; Roti canai telur

Have You Ever:

Broken a bone ; no
Been in a police car ; tak pernah..
Fallen for a friend ; masa budak2 dulu ade lah kot
Fallen for a guy/girl in a short period of time ; entah lah..tak ingat...
Swam in the ocean ; saya tak reti swim...hehehehe..
Fallen asleep in school ; selalu~~~~
Broken someone's heart ; ade kot
Cried when someone died ; Ade....
Sat by the phone all night waiting for someone to call ; Tak pernah rasanye...tidur lagi baik...
Save e-mails ; only the important e-mail...
Been cheated on ; byk bnde...

What:

Your room like ; ladang keladi kot sebab kaler purple...ehehehe...
What is right beside youu ; Telebisyen...
What is the last thing you ate ; PIZZA

Who:

Who did you last yell at ; my brother...suka buat orang naik angin...
Who was the last person you dance with ; takde...
Who last made you smile ; My lovely cousin, Azureen


Final Question:

What are you listening to right now ; Just the way you are, Bruno Mars
What did you do todayyy ; BW, update blog, jawab tag, kemas rumah n masak...
Are you the oldest ; yup..
Indoors or outdoors ; indoors

Todayy You Did:

Talk to someone you like ; no...
Kiss anyone ; tak...
Sing ; nope..
Talk to an ex ; tak...
Miss Someone ; my friend
Eat ; baru je lpas sarapan...

Last Person Whooo:

You talked to on the phone ; ibu..
Made you cry ; ade lah....~~~
You went to the mall with ; my bro...KLCC
Who cheered you up ; family, friends..


Have You :
Been to Mexico ; not yet...
Been to USA ; not yet...

Randommm:

Have a crush on someone ; pnah kot..ehehehe...

What Book are you reading right now ; Versus by HLOVATE...dah baca banyak kali dah sebenarnye.

Best feeling in the world ; bila my parents are proud with me...

Future kids name ; x pikir lagi...

Do you sleep with a stuffed animal ; no...

What under your bed ; kotak2 dengan bag2 lama...

Favourite sport(s) ; handball..

Favourite place ; my home and my room...

Do you have a job ; nope...still a student...

What time is it now ; 9.40

with however long it took you to complete this

post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people..


Macam biase, saya tak nak tag sape2. So, sape2 yang dah baca tu pandai2 lah ye....hehehehe...:)

Thursday, December 23, 2010

Setelah setahun & 5 bulan...

Apa khabar semua???

Tajuk entry macam tajuk novel je kan???ehehehe. Bukan ape, tadi saje2 tengok widget2 saya yang kat tepi blog ni. Tiba-tiba ternampak umur blog saya ni. Rupa-rupanya saya dah berblogging dah 1 tahun 5 bulan ye. Dah lama rupanye ye. Kalau budak2 kecik agaknye dah boleh merangkak, tatih2 siket pastu agaknye boleh lah cakap siket2. hehehehe.



Tak sangka dah lama rupanya saya duk layan blog ni. Dari tak reti bubuh background, takde chatbox, komen embed skali ngn entry dan macam2 lagi lah. Sampai lah saya reti letak background, letak widget macam2 dan yang paling best skali buat chatbox saya jadi shemart macam skarang ni. Cuba tengok kat belah kanan atas skali tu. Shemart kan shoutbox saya????ehehehe.



Ni lah bilangan saya punya followers di kala umur baru mencecah setahun 5 bulan. Pada saya ini dah cukup ok dah eventhough some people may say that "apelah, buat blog dah setahun tapi follower baru 80++". Ok lah ni kan. Nak tau tak, dulu2 follower saya pun just 5 orang je tau. Itupun member2 saya je. Sekarang dah banyak tau. Dapat kenal macam2 orang. Okeh, sebelum abis saya nak cakap ni:

I LOVE MY FOLLOWERS ^_^


Wednesday, December 22, 2010

Saya kena tag...

Saya kena tag oleh Miss Najla. Thanks dear. Okey, sekarang saya nak jawab...

Once you've been tagged, you're supposed to write a note with 100 TRUTH about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. Tagged means "I'm interested in knowing what your 100 truth are"..

1. Real Name : Aida Zafirah Ayub
2. Nickname : Aida, Fira, Ya
3. Zodiac Sign : Leo
4. Male or Female : Female
5. Elementary School : SK Semenyih
6. Highschool : SMKA Maahad Hamidiah, Kajang
7. College : UiTM Kedah
8. Hair Colour : Black
9. Tall or Short : Entah lah. ahahahaha. Biase2 je.
10. Sweat or Jeans : Agak2???
11. Phone or Camera : Haruslah phone
12. Health Freak : Takde...
13. Orange or Apple : Orange!!!!
14. Do you have a crush on someone : errrrmmmmm....
15. Eat or Drink : Eat
16. Piercings : No..
17. Pepsi or Coke : Pepsi...


Have you ever..

1 . Been in an airplane : Ade2. Masa pergi umrah taon lepas.
2 . Been in relantionship : Ade. Masa darjah 5. hehehehe. puppy love, biase lah.
3 . Been in car accident : Yup
4 . Been a fist fight : Ade lah gado manja2. Tapi takde lah sampai bertinju bagai.

First & Last

1. First household chores : Masak..terror kan???
2. First best friend : Tak sure lah. Tapi saya kawan semua orang.
3. First award : Tak ingat lah....ehehehehe.
5. First word : (angkat bahu)...
6. First section : soalan ape ni???
7. Last person you talked to in person : kawan saya. Nama kena rahsia...
8. Last person u texted : Nadia Amira. Itupun masa nak balik kedah kejap. Lepas tu saya dah tak topup dah...
9. Last person you watched a movie with : My little bro...cerita HARRY POTTER...
10. Last food you ate : Nasi lemak!!!!Puan ibu yang masak tau...
11. Last movie u watched : Tarzan 2..Kat tv 2 semalam.
12. Last song you listen to : Super girl (super junior)..
13. Last thing you bought : New novel by Ramli Awang Murshid...RAYYAN FANTASI...
14. Last person u hugged : Entah!!!!

Favorite :

1. Food : Fish & Chips
2. Drink : Fresh Orange
3. Bottoms : ni ape pulak ni???
4. Flower : Tulip...
5. Animal : Turtle...
6. Colour : Pink, Black, Purple & Red...
7. Movie : Street Dance 3D...
8. Subject : Mathematic bukan Add math...

(put an X in the bracket if yes )

1. [] falling in love with someone.
2. [] celebrate halloween.
3. [X] had your heart broken.
4. [] went over the minutes / text on your cellphone.
5. [] had someone question about my sexual orientation.
6. [] got pregnant.
7. [] had an a bortion.
8. [X] did something i regret.
9. [X] broke promise.
10. [X] hide a scret.
11. [X] pretend to be happy .
12. [X] meet someone who changed your life
13. [X] pretend to be sick.
14. [] left the country.
15. [] try something you nomally wouldnt try and liked it.
16. [] cry over the silliest thing.
17. [] ran a mile.
18. [] when to the beach with your friend.
19. [X] got into an argument with your friend.
20. [] hated someone.
21. [X] stay single for a whole year.

Currently..

1. Eating : Baru je lepas sarapan nasi lemak...
2. Drinking : Air mineral je..*dasar pemalas nak masak air..
3. Listening to : Lagu2 korea dalam playlist saya...
4. Sitting or Laying : Sitting..
5. Plan for today : Pergi rumah atok.
6. Waiting : Nak masuk balik uitm....My last semester....Yeay!!!

Your future :

1. want kids ? : Mesti lah...
2. want to get married : NAAAAKKKKK!!! *hamboih gatal ni...
3. career : Lecturer maybe???

Which is more attractive (choose one ) :

1. lips or eyes : Eyes ;)
2. shorter or taller : Taller
3. romantic or spontaneous : Spontan lah....cute...:)
4. hook up or relationship : Relationshipp..
5. looks or pesonality : Personality..

Have you ever..

1. lost glasses/contact : NOPE....
2. snuck out of a house : No..
3. held a gun / knife for self defense : No..
4. killed somebody : Uih..tak boleh...Dosa...
5. broken somebody heart : Ade kowt....
6. been in love : maybe...
7. cried when someone died : Ade...

Do you believe in :

1. yourself : yes
2. miracles : ......
3. love at first sight : Agaknye kot....
4. heaven : PERCAYA....
5. santa claus: Budak2 caye lah kot...
6. superstition : TAK....
7. kiss on the first date : Tak boleh...Kena nikah dulu ye...

Truthfully :

1. is there one person you want to be with right now ? : yup
2. do you know who your real frend are ? : Tau...
3. do you believe in god ? : Hundred percent...
4. post as 100 truths ? : Mesti lah...Tak baik menipu tau...


Seterusnya kena tag 25 orang lagi. Alah, tak nak lah tag sape2, tapi saya nak tag sape2 yang dah baca entry ni. Jawab tau tau tau...

10 things that girls do not have time to tell the man

Assalamualikum semua....

Dah lama kan saya tak hapdate belog ni. Bukan ape, banyak hal lah yang nak settle dan memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk menyelesaikannya. *ahahaha bajet ko orang penting.

Okeh, hari ni saya nak kongsi info yang boleh diguna pakai oleh kaum adam. Oleh itu sila buka mata, telinga dan hati korang luas2 ye.


Baik, mari kita mulakan...

Ø Bila pompuan tu tak hiraukan kamu selepas kamu menyakitinya, lebih baik kamu bagi masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu memohon maaf.

Ø Pompuan ni susah nak cari benda yang dia benci. Sebab tu ramai pompuan yang frust menonggeng biler putus cinta.

Ø Pompuan ni kalau dah jatuh cinta kat sorang lelaki, lelaki tu je lah yang ade kat pikiran dia.

Ø Pompuan yang kena tenung dengan lelaki yang dia suka @ cinta, confirm cair macam ais krim yang kena panah matahari.

Ø Pompuan ni memang suka kena puji. Tapi sayang, tak tau macam mana nak accept pujian tu. *boleh plak??

Ø Jangan sesekali korang (org laki2) bagitau kat pompuan tu yang diorang ni tak berguna langsung.

Ø Kalau korang nak tau, if lelaki yang diorang suka @ cinta bagi respon positif, misalnya tepon or reply msg diorang, pompuan ni akan buat acuh tak acuh je. Tapi sebenarnye, lepas je letak tepon terus dia menjerit kuat2. Kalau boleh siap loncat2 atas katil. ahahahaha.

Ø Jangan sesekali orang laki2 mengagak apa yang pompuan rasa. Tanya dia sendiri!!

Ø Satu senyuman member seribu makna. So, jangan suka2 nak senyum kat anak dara orang ye.

Ø Wahai orang laki2, jangan terlalu serius. Nanti spoil lah mood pompuan tu.


Okay dah cukup 10. Amacam wahai kaum adam sekalian???Nanti korang boleh jadikan reference. ehehehhe.

Saturday, December 18, 2010

Kontest Blog Terkemas

Selamat petang semua....

Hari ini saya kena tag oleh Cik Tomatokering Addict untuk join contest ni. Thanks for the tag dear. Dia rasa blog saya kemas kot. Tapi blog saya memang kemas kan kan kan???Cepat semua cakap kemas kalau tak saya cubit korang semua. ahahahaha. Takde lah. Saya acah2 je. hikhikhik.



Contest ni Cik Hanna dengan kawan dia, Cik Fyza yang organised. Kalau siapa2 yang rasa dia nak join kontest menarik ni, korang semua boleh klik SINI.

Baik, sekarang kena tag 3 orang lagi:





p/s: saya tak reti macam mana nak buat kalau kita klik banner tu and then dia terus link ke owner banner tu...boleh tak macam tu????ahahahaha...ade sape2 bole tolong???

Friday, December 17, 2010

Tengok ni....

Apa khabar semua...????

Baik entry hari ni pendek je. Saya tak nak tulih panjang-panjang nanti boring pulak orang bace kan kan kan??Entry hari ni sebab saya nak tunjuk SB baru saya.

Tengok ni....*muka tengah seronok ni sebab berjaya buat SB jadi camni. Dah lama jugak lah cari tutorial yang ajar nak buat SB jadi camni. Admire giler kat sape2 nyer blog yang buat SB dia jadi cmni. Okay, korang semua fokus kat bende alah yang dibulatkan dengan kaler merah tu tau.


*untuk lagi jelas boleh klik gambar ni*


Thanks to Cik Tomatokering Addict untuk entry yang menjadikan saya turut excited nak buat SB saya jadi camni. And also thanks a lot to Cik Hanna untuk tutorial yang sangat berguna. Both of u are the best lah.


That's all. Thank you for read. Da~~~

Thursday, December 16, 2010

GOJESH IN ORANGE CONTEST

Hye semua....
Oleh kerana saya telah di tag oleh Cik Ruby jadi saya nak post jugak entry ke-2 untuk hari ni. Dia ajak saya join contest yang dia organised bersama her boyfren. Macam biasa, kalau join contest kena ada syarat-syarat dia. Untuk tengok syarat-syarat boleh klik SINI.

Untuk contest ni saya kena hantar maksimum 2 keping gambar saya pakai baju kaler oren. Saya ulang OREN ye. Bukan kaler pink ke purple ke ye kawan-kawan.

Okay, kita mulakan...

::1st picture::

Okay x?Comel x saya?ehehehe *perasan kau. Ni gambar saya dengan Puan Ibu. Gambar ni ambik masa my family vacation kat PD. Kitorang tinggal kat Glory Beach Resort. Masa ni baru lepas breakfast kat restoran hotel tu. Lepas breakfast, kitorang pergi jalan-jalan kat pekan PD.

::2nd picture::

This second picture amik masa pergi dinner. Gambar ni dengan my friend, Cik Feediana. Masa ni kitorang semua pergi dinner anjuran UiTM Kedah, Malam Apresiasi Siswa.

Next, kaler kegemaran saya ialah purple, merah, pink n of course OREN.

Okay, dah siap. Then, saya kena tag 6 org rakan blogger saya. Baik, saya nak tag:


Done. Yang kena tag join lah contest ni. Ada hadiah yang menarik menanti anda. Tarikh tutup contest ni 14 January 2011.

Movie + Picture Review>>>TRON LEGACY

Assalamualaikum...

Apa khabar semua hari ni? Sihat? Baik hari ini kita akan buat sedikit movie review ye kawan-kawan. Saya tau korang semua mesti selalu pergi panggung untuk tengok cite-cite yang baru release kan kan kan??

Baik hari ni movie yang akan di'review' oleh saya ialah TRON LEGACY. Atau lebih tepat lagi 'Picture Review'. Cerita ni cool sangat oke. *ececeh macam kau dah tengok cerita ni. Untuk pengetahuan semua, saya belum tengok lagi movie ni tapi bila tengok poster dengan trailer cite ni terus rasa macam nak tengok. Boleh???

Tengok poster dia. Cool kan kan kan??Smart giler cukup. Dah lah saya ni suka giler kalau cite sains fiksyen ni.

Tengok motor ni. Walaweh memang best lah. Memang cantik tertarik kau memang da boom!!Kalau nak satu boleh?ahahahaha.
Ni salah satu suit yang pelakon-pelakon dalam cerita ni pakai. Tengok tengok. Giler lah weyh. Uwaaaaa nak pergi tengok.

Okay, yang ni gambar suit tu dari dekat. Amacam????

Okay, sampai situ sahaja review saya pasal TRON LEGACY. Ade sape2 yang nak bawak saya tengok cite ni????hehehehe..

Wednesday, December 15, 2010

Pulang sebentar....

Assalamualaikum semua....

Sory lah ye my lovely readers sekalian sebab post entry hari ni lewat sket. Kelewatan ini sebab hari ni saya balik sekejap ke KEDAH TERCHENTA which is UiTM Di Hatiku. Bukan ape, ade kerja sikit yang nak kena settle. Tu yang balik sekejap je. Hari jumaat ni balik lah rumah balik.

..Saya di sini..


Sory again sebab saya pakai gambar dari pak cik google. Carik2 gambar uitm dlm lappy ni takde pulak. Boleh pulak camtu kan kan kan?*hamboi kau ni kena dismiss dari uitm baru tau. ahahahaha.

Sepanjang 3 hari 2 malam ni saya tinggal kat KOLEJ saya iaitu KOLEJ MAHSURI.*Hamboi tak nak besar pulak kau tulis nama kolej tu. Biar lah, sebuk je. Saya berbangga dapat duduk kat kolej yang cantik, indah dan lawa ni. woot woot woot *0*.


...MAHSURI BERVISI ASPIRASI SISWI...


Okay semua. Sampai sini je entry saya. Nanti bila dah free dari kerja-kerja saya update lagi ye. Till then~~

Thank you. Da~~~~

Monday, December 13, 2010

Ada lagi satu....

Award ke-2 dari En.Syrupmasin. Thanks ye bagi award ni. Siap ade bunga-bunga bagai nih. Wanita sangat. ehehehe.

Macam biasa nak kena jawab soalan:

Siapakah orang yang paling anda sayang ?

Family saya lah…

Kenapa korang sayang dengan orang tue?

Sebab family saya adalah family yang penuh dengan kasih sayang & tak mungkin ade family yang macam ni lagi dalam dunia. *ececeh terharu tak??

Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.

Family: I love youuuuuuu

Lepas tu kena tag 15 org blogger lain, tapi saya x nak tag 15 orang but i want to tag all my beloved followers and sape2 yang datang bertandang kat blog saya yang kiut ni. Ambil lah ye. Jangan malu2.



Thanks for read...Da~~~

YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY

...YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY...



Award pertama ni saya dapat dari NURUL HANANI. Thanks for the award dear.
Kalau nak award ni boleh klik SINI. Tapi kena ikut syarat-syarat dia lah ek. ehehehe.

Lepas tu saya nak tag 5 org lagi utk award sweet ni..

Friday, December 10, 2010

Ketemu teman lama....

Selamat pagi semua.....

Hari ni entry saya di awal pagi pasal kawan lama saya. Korang pun mesti pernah ada kawan lama yang dah lama giler tak jumpa kan kan kan. Okay2, cite dia camni sebenarnye. Satu hari tu macam biase lah kan saya tengah buat rutin harian lah which is BW. Tengah syok2 BW saya jumpa satu blog ni Tomatokering addict. Ingatkan blog sape lah ni rupa-rupanya blog kawan lama.

Seronok giler ni jumpa kawan lama. woot woot *o*. Terus klik butang follow. ehehehe. Banyak kali jugak post kat shoutbox dia tapi dia tak perasan kot. Takpe2 sabar aida. Akhirnya aritu dia perasan gak. hehehehe at last~~~

Dan kini, dia dah jadi follower blog saya yang comel dan kiut ni. ehehehee *perasan ko.

Okay, meh saya story sikit pasal kawan lama saya ni.

Nama dia Nur Afiqah Bahrim.
Tapi, dulu2 kat skolah kitorang sume panggil dia pqa or pcar. kan kan kan??
Dia satu sekolah ngn saya masa sekolah menengah tau.
Pernah satu kelas masa f2 smpi f5 kot. *betul ke ek? tak ingat sangat lah. Pqa jangan mara ek. ehehehe.
Dia comel. Tak caya boleh tengok BLOG dia.


Okay semua. Dah habis dah cerita saya. Tatatatitititutututu.....~~~