Sunday, January 30, 2011

Challenging Journey....

Assalamualaikum semua....

Saya dah selamat sampai kat rumah tepat pukul 12.30 tgh malam semalam. Alhamdulillah. Cuba tengok tajuk kat atas tu. Okay2 semua mesti nak tau kenapa challenging kan kan kan???Meh2 saya nak story.

Sebelum mula saya nak introduce dulu insan2 yang terlibat. Mula2 ialah Cik Ain Zainurin yang asek tanya bila nak pergi cari teksi or bas sebab takut tak sempat sampai stesen bas butterworth sebelum pukul 6.15 petang.
Next ialah En.Remy selaku adik kecik yang selalu kena usik. Lepas tuh En.Kuzai yang selalu usik2 si Remy and then bila dah gado2 baru nak cakap kat orang yang ko dengan remy ada BOND. Bond lah sangat ye. Lastly ialah En.Jamirul yang dah malas nak layan bila Remy dengan Kuzai dah mula gado2 manja. ahahahaha. Lawak lah korang2 ni.

Sebenarnya cite dia macam ni. Bas kitorang ke KL kul 6.15 petang. Tapi bengkel kat UiTM Penang tu abis kul 12.30. So, kitorang pun jalan2 lah sambil2 nak tunggu kul 6.15 petang. Kebetulan yang paling dekat Sunway Carnival Mall. So, kitorang pun duduk lah kat situ sambil lepak2 buang masa. Tengok beg2 kat atas tuh. Bayangkan kitorang jalan2 kat sunway tu sambil bawak beg tu sorang satu. Tu beg laptop oke. Berat kot. Sumpah dah macam traveller dah.

Lepas penat jalan2, kitorang pun lepak kat daily fresh sambil makan ice kimo dengan waffle. Alas perut sebab tengah hari tu dah makan kat Hotel UiTM Penang. Lepas makan2, jalan lagi. Penat jalan duduk kejap. Macam2 lah kitorang buat contohnye duduk kat kerusi urut Gintell yg bayar 1 hengget untuk urut 3 minit tu, masuk kedai letrik Senheng sambil jalan2 macam nak beli tv plasma baru n mcm2 lagi lah kitorang buat. ahahaha.

Dah lah takde sorang pun yang biasa kat situ. Abis macam2 orang kitorang tanya. Dari orang yang jalan2 kat situ sampai lah akak cashier yang kat Giant tu. Pastu, kitorang pulak first time naik Rapid Penang. Yang Remy pulak tak benti2 tanya pak cik bas tu sama ada bas tu pergi jeti or tak. ehehehe. Lawak2.

Akhirnye, sampai jugak kitorang kat stesyen bas Butterworth tepat pukul 5.30 petang. Sampai terawal siket tapi takpe at least tak terkejar-kejar. Pastu kul 6.20 bas pun gerak. Kul 11.00 kitorang sampai Jalan Duta. Semua macam nak jerit "YEAY YEAY DAH SAMPAI". Bahagia rasanye.

Okay dah abis dah. Amacam challenging tak???Saya rasa ni dah cukup challenging dah ni. Tapi takpe ni semua experience yang tak tahu biler lagi saya boleh dapat semua ni. hehehe. Kan kan kan???

Saturday, January 29, 2011

Dah Habis...

Assalamualaikum semua....

Tengok2 gambar rumah tu. Maknanye saya dah nak balik rumah dah ni. All the things yang kat Hotel UiTM Penang ni dah abis dah oke. Jadi disebabkan saya dah tak sabar nak balik update saya ni pendek je. Okay semua. RUMAH MANIS RUMAH menanti saya dengan sabar. Da~~~

Friday, January 28, 2011

Terima Kasih...

Assalamualaikum semua....

Ni sambungan untuk entri hari tu. Disebabkan hari tu saya dah buat entry bisu pasal SUKOL kat UiTM Kedah, hari ni saya nak buat entri bercakap+bercerita pulak. Untuk pengetahuan semua SUKOL tu nama singkatan untuk Sukan Kolej. Sukan Kolej ni kitorang mula dari hari Rabu sampai hari Sabtu. Happening giler lah weyh. Penat tu memang sangat pasti. Tapi yang penting experience oke.

Sebelum ni sukan untuk setiap kolej buat kat kolej masing2 dan dijalankan oleh JPK kolej masing2. Tapi semester ni kitorang ambil keputusan untuk gabungkan sukan kolej bagi semua kolej yang ada kat UiTM Kedah ni. So, jadilah SUKOL. Macam2 aktiviti ada. Futsal, Netball, Voleyball, Badminton & Sukaneka. Student memang terbaeeekk lah sebab diorang semua supportive giler.

For JPKs and JBs, all of u are the best lah. Saya tak akan lupakan kenangan ni sampai biler2. Bukan senang nak dapat semua benda ni bila dah habis belajar. Rasa sedih pulak tiba2 nih. Dah nak abis belajar dah aku nih.

Terima kasih semua untuk kerjasama dan pengalaman yang saya pun tak tahu bila lagi saya boleh dapat rasa semua pengalaman ni lagi sekali.

Thursday, January 27, 2011

Khurafat + Menjejes

Assalamualaikum semua....

Sehat tak semua hari ni???Sebenarnya semalam dengan hari ni takde kelas langsung. So, saya pun apa lagi dengan berbesar hati mengambil peluang yang ada ni untuk keluar menjejes dan tengok wayang sekali. Mula-mula memang nak tengok cerita lain tapi member2 semua nak tengok KHURAFAT.

Okay, meh saya nak cite sket. Cerita ni not bad lah. Takut tu memang confirm giler lah. Banyak scene terkejut2. Sepanjang cerita cardigan tutup muka sampai nampak mata je. Nasib baik pakai cardigan, kalau tak nak tutup muka pakai ape kan???Tu lah aida oi...orang tengok cerita hantu, ko nak tengok jugak. Ha kan dah takut. Sumpah semalam teringat-ingat muka hantu tu. Memang lah lawa, rambut panjang tapi muka dia sompek2 + lubang2 oke. Giler lah. Tapi kan cerita ni memang sekejap ek???ke saya yang salah tengok???hehehehehe.

Anyway, bagi sape2 yang baru nak pergi tengok cerita ni disarankan pegi lah tengok. Tak takut sangat pun. *eleh aida, ko tu dah tengok. memang lah boleh cakap tak takut. Cuba pergi tengok lagi sekali. Confirm dalam panggung tu tutup muka semua. ahahahaha.

p/s: tapi kan incik ni kata tak takut langsung....macam mana ek???

Monday, January 24, 2011

Ouh Lecturer Baru...

Assalamualaikum semua....

Sehat tak semua???saya sehat. Tapi macam biasa busy tetap busy. Even busy blog kena update jugak kan kan kan??Blog tak boleh tinggal kot. Kalau tak update atau bukak sehari rasa macam lain macam je. hehehe. Hover kau ni aida oiii....


Hari ni saya dapat lecturer baru. Lecturer tu untuk subject business law. Yang ajar kitorang tu bakal pengarah kampus UiTM Kedah oke??kau mampu???hahahaha. Bukan ape, cuak jugak lah mula2. Tapi tengok dia macam oke je. Tapi dia ajar mengantuk sikit lah sebab cakap je kan. Tapi tutor still Miss Syatirah ajar lagi. Lega sikit. heheheehe.

Eh2. Okay lah ye. Saya nak siap ni. Ade meeting Asean Carnival. Da~~~~

Sunday, January 23, 2011

SUKOL (Sukan Kolej)-Part 1....

Assalamualaikum semua....

*INI ENTRY BISU*





Saturday, January 22, 2011

Saya tak cukup tidur....

Assalamualaikum semua....

Warghhh!!!ngantuk giler2 ni tau tak. Dah berapa hari dah saya tak cukup tidor oke. Bukan saje2 oke. Banyak benda nak kena settle. Selagi benda-benda alah tu tak settle macam mana nak tidor dengan aman damai kan kan kan???


Minggu ni macam2 benda nak kena buat. Mula-mula sekali research. Macam dalam post sebelum ni, saya dah cerita pasal research saya yang fail tu kan???So our supervisor suruh kitorang semua edit balik and then tunjuk balik kat dia hari rabu ni. Next, hari Isnin ni ada kuiz Development Admin pulak. Lepas tu hari Selasa ni nak kena antar assignment Current Affair in ASEAN pulak. Hadoiyai.....bila nak buat semua ni oke. ????

Minggu ni pulak dah busy dengan SUKOL. Tiap2 hari balik lewat. Selalunya pukul 2 or 3 pagi baru boleh tido. huhuhuhu. Bila dah tak cukup tidor mula lah jadi blur je. Nak buat assignment pun tak boleh nak pikir dah. hehehehe.


BILA TIDUR SAYA NAK CUKUP NI??????

Wednesday, January 19, 2011

Research Saya...

Assalamualaikum semua....

Apa khabar semua??Saya??alhamdulillah setakat ni sihat lagi lah. Boleh lagi jalan pergi kelas, buat kerja, jumpa lecturer and buat macam2 lagi. Takat penat sikit2 tu ade lah. Biase lah. Kalau tak penat bukan student kan kan kan?hehehe.

Untuk pengetahuan semua, ibu saya pun dah okay sikit dah. Semalam ibu dah mula pegi ofis balik. Tapi biase lah jalan pun still terdengkot-dengkot. Semalam ibu tepon. Ibu kata orang kat opis bising suruh ibu balik sebab ibu mintak tolong diorang macam2. ehehehe. Tu lah orang dah kata tunggu sampai elok betul2 baru pergi keje balik. Kan orang lain dah bising. lawak2. ehehehe.

Okay2 kita dah lari tajuk nih. tengok tak tajuk kat atas tuh???Hari ni saya dah dapat research proposal saya balik. GAGAL oke!!!!!heheheheh. Korang semua mampu???hahahaha. Lawak giler lah. Semua orang gagal kot. Yang lulus pun satu group je. Tapi itupun cukup2 makan je.

*ni research proposal kami*

Sir Mahadir which is our supervisor dah pesan awal2 dah ye. Masa gelak, gelak oke. Masa buat kerja tolong fokus ye. "When i ask for an A, u must give me an A+". Baik, kami semua cuak oke. Wahai my team-mate-Saleh, Aimi, Elma, Nadia dengan Najaa Sharif mari bersiap sedia ye. Kita kena pulun ye semester ni. PART 6 OKE!!!!

Da~~~~~

Thursday, January 13, 2011

Pengumuman Pengumuman....


Officially saya dah abis kelas untuk minggu ni. Entry ni pendek je sebab saya nak balik kejap lagi. Sape2 yang tinggal kat kedah ni sila jangan jeles ye. Bandar Baru Bangi tengah tunggu saya tu. To all my friends yang kat Kedah ni, jaga diri elok2 iye kat sini. Duduk kat bilik hensem2 and cantik2 tau. Jangan nakal2. Nanti saya balik Kedah balik ye.

For my beloved followers, saya still akan update blog ni. Jangan risau ye. Eventhough saya balik, saya tak lupa anda semua.

Okay lah, Aimi dah tunggu saya tu. Dia yang hantar saya pergi bus station. Tatata....~~

Rumah Manis Rumah...

Apa khabar semua????Sihat???

Baca tak tajuk entry saya kat atas sinun tu ha?? Saya nak balik rumah hujung minggu ni. Lagipun hujung minggu ni xde aktiviti apa2 pun. Aktiviti jpk pun takde ujung minggu ni. So, saya boleh lah balik. Lagipun minggu ni kedah cuti sampai ari ahad. Maknanye, saya takde kelas 3 hari (Jumaat, Sabtu & Ahad). Bukan ape, sementara takde apa2 ni saya nak balik lah. Nanti bila2 saya dah busy dengan macam2 kerja tak boleh pulak nak balik.

Lagipun saya dah rindu sangat dengan family saya. *hover mak ayam sangat padahal baru 2 minggu kau duduk kat kedah ni. hehehehe. Biase lah kan. Mengada-ngada. Sebenarnye ada lagi satu reason kenapa saya nak balik. Ibu saya jatuh. Masa mula2 ibu bagitau tu terkejut jugak lah. Tu yang buat saya nak balik rumah tu . Saya nak tengok ibu saya. Ibu tunggu ya balik tau!!!!

*gambar ehsan pak cik google*

Okay lah, tu je sebenarnye motif nak post entry ni. Saya nak cakap yang saya nak balik rumah...YEAY!!!!

Sunday, January 9, 2011

Saya suka....


Rasanya dah lama sangat2 dah saya tak update blog ni. Kan saya dah cakap, kalau saya dah balik kedah ni macam2 benda nak kena buat. Ni bukan main-main tau. Betul2 ni. Tak tipu. Mula-mula study. Macam biasa lah itu memang perkara penting. Kedua, kerja2 JPK lagi. Tu yang kadang2 sampai x sempat2 nak update blog dengan BW. Saya nak mintak maap lah banyak2 ye. Bukan saje2 tau.

Okay, berbalik pada tajuk kat atas sinun tu hah. Nak tau tak sebab apa saya suka????Saya rasa gambar tu je dah dapat dah jawab soklan. Seperti yang anda semua lihat, FOLLOWERS saya dah 101 orang. Sungguh, saya menjerit kuat2 tau bila saya bukak blog petang ni. Saya rasa sangat2 dihargai. huhuhuhu.

Bukan ape, saya kan baby lagi dalam dunia blogger ni. *ececeh feeling muda sangat nih. hahaha. Dulu saya selalu rasa saya ni macam syok sendiri tulih2 kat blog. Selalu rasa macam ni *ade ke orang baca blog aku ni hah????. Rupa-rupanya ada lah weyh. hehehehe.

Okay lah, tu je kot. Saya nak pergi bersiram kejap. Mandi lewat2 tak baik. For my beloved followers, saya ada sesuatu untuk anda semua. Tunggu tau!!!!Da~~~


p/s:seronok tak abis lagi ni. yeay!!!!

Tuesday, January 4, 2011

Kelas dah mula...

Assalamualaikum semua...

Apa khabar??sihat semua....Dah lama kan saya x hapdate blog ni. Almaklumlah kelas untuk semester ni dah mula. Bila dah mula kelas masa yang selama ini digunakan untuk berleha-leha dah jadi sikit. hehehehe. Nak BW pun x sempat. Sory lah banyak2. Untuk pengetahuan semua, kelas saya baru je mula semalam. Kelas takyah cakap lah, memang bising giler tahap gaban lah. Biase lah kan, bila cuti sebulan cerita2 pun sebulan jugak lah. Takde sorang pun yang duk diam. ekeke.

Lagi satu, saya dah senior sekarang *ececeh bangga di situ ye*. Saya dah part 6 okay...!!hahahaha. Poyo sangat kan???Bila dah part 6 bermaksud lagi beberapa bulan sahaja hayat saya akan diteruskan di UITM KEDAH ini. Tak lama lagi>>>>>Bye2 UITM KEDAH. Insya-Allah hujung bulan 5 ni saya habis lah diploma. Tak sangka ye dah nak abis dah study. Rasa macam baru je masuk Part 1. Bodo2 je tak tahu kat mana makmal komputer, cari2 kelas dengan member, tak jumpa HEP kat mana. ehehehe. Lawak lah bila ingat2 balik. Boleh jadi kenangan terindah ni. *bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik....(tiba2 teringat lagu Samsons). ehehehe.

Baik, sampai sini je kot. Nanti bila2 free saya update lain ye. Da~~~~~~~

p/s: sory lah ye. entry ni tak bergambar. excited pergi kelas sampai gambar pun lupa nak amik...heheheehe...