Tuesday, June 14, 2011

Sabah (family vacation)~~~Day 2...

Assalamualaikum semua...

Okeh semua. Hari ni nak sambung pasal vacation dekat sabah. Okeh semua hari ni pasal second day kat sana. Hari ke dua pun tak banyak tempat yang pergi. Sama je macam hari pertama. Tapi bezanya hari kedua nih cuaca lawa sangat. Cerah oke. Ingat nak sambung lah plan yang terbantut semalam yang nak pergi kundasang tuh. Tapi ibu kata esok pulak sebab ayah dah cari tourist guide dah. 

So, pagi tuh keluar awal. Dalam pukul 7 pagi camtu dah keluar pergi sarapan. Owh lupa nak bagitau yang kat sana subuh awal giler. Pukul 4.30 dah subuh. Pukul 6 pagi dah terang giler macam pukul 7.30 kat KL. Pukul 6.30 ptg tuh dah maghrib oke. Terkejut mak oke. 

Pagi tuh pergi lagi sekali kat pasar kraftangan tuh. Tapi pergi sebab nak beli ikan masin dengan kuih-kuih plus kerepek-kerepek untuk family. Cuber tengok kat bawah nih. Meriah beli-belah nih. Tapi kat sini senang sebab dia terus pack masuk kotak. Senang bawak masuk kapaterbang. 



*orang yang jual-jual nih nama dia Rain okeh. Kau ingat ko pelakon korea???ahahaha



Lepas balik dari beli2 barang tuh decide nak pergi Pantai Tanjung Aru. Sajer nak lepak2 kat pantai sambil ambik2 gambar sikit. 





Lepas balik pantai tuh pergi makan kat kedai Kak Nong. Nih kedai melayu. Round2 kat KK jumpa jugak kedai makan melayu. Area2 situ ade jugak kedai2 melayu lain. Not bad lah. Ade lah dalam 3 ke 4 kedai. 


Lepas makan, balik lah. Yang ni kira makan tengah hari lah. Lepas balik ape lagi tidur lah. Lepas tuh malam ade member ayah ajak datang rumah dia. 

Tu je lah untuk second day. Kan dah kata tak banyak tempat pun. Tapi day 3 terbaek. Memang banyak lah tempat pergi. Ade lah 3 or 4 tempat. 

Dah2. Nanti2 sambung lagi entry untuk day 3. Oke~~tata...

4 comments:

panda putih said...

pantai dy xleh mandi ea? kotor tak?

Aida Zafirah said...

panda putih: yup..kotor sikit lah..boleh je kalo nak mandi..tapi x bape ramai org sgt lah...selalunye org mandi kat pulau2...:)

syrupmasin said...

untunglah aida naek rakit :D

Aida Zafirah said...

saleh: biler masa pulak aku naik rakit...hahahaha...:D