Saturday, June 18, 2011

Sabah (family vacation)~~~Day 3...

Assalamualaikum semua...

Okeh hari nih tak nak intro panjang2 dah. Nak proceed terus dengan hari ke-3 family vacation kat sabah. Nak cakap siap2 yang entry nih panjang sebab hari ke-3 nih kitorang pergi banyak tempat. So, be prepared ye. Biler ade tourist guide boleh lah pergi banyak tempat. ehehehehe. 

Tempat pertama: Kinabalu Park




Kinabalu Park ni dekat Kundasang. Kundasang nih orang selalu pergi sebab nak pergi kaki gunung Kinabalu. Tak dapat naik gunung pergi kaki gunung pun jadi lah kan??hikhikhik. Kat sini sejuk giler lah weyh. Lagi sejuk dari cameron kot. Cuba tengok gambar no.3 dari atas. Orang2 dalam gambar tuh baru nak mula mendaki. Banyak cukup barang diorang bawak. Kagum nih. Kat sini dia sediakan pelantar untuk orang lepak2 sambil tengok puncak kinabalu tuh. Tapi masa kitorang samapi puncak dah kena tutup dengan kabus. Melepas nak tengok. huhuhu. 

Tempat kedua: Fish Spa, Ranau




Yang nih sama je macam fish spa yang kat semenanjung tuh. Cuma bezanya ikan dia besar2 oke. Ade yang samapi besar2 lengan. Mula2 tengok cuak jugak. Selalu tengok yang kecik2 je. Ramai jugak orang yang datang. Sebelum masuk dia bagi makanan ikan sepeket untuk attract ikan tu datang dekat kita.Setiap sorang ada limit masa. Dia bagi 15 minit je. Saya sumpah tak masuk dalam sungai tuh. Ibu dengan ayah je. Takut oke. hehehehe.

Tempat ketiga: Kolam Air Panas, Poring



Kolam air panas nih biasa2 je. Ramai giler kot orang kat sini. Kat sini dia sediakan banyak kolam2 kecik. Bole pilih mana2 kolam yang nak. Kalau nak rendam kaki je pun bole jugak. Ada jugak dia sediakan tempat nak rendam kaki. Tapi kitorang tak mandi pun sebab tak bawak baju salin. So, rendam kaki je lah. 

Tempat keempat: Desa Dairy Cattle Farm




Oke yang nih ladang lembu susu. Masa sampai ladang lembu nih sumpah rasa macam kat New Zealand. Dah lah dengan sejuk semua cukup. Ladang lembu nih bukan takat bela lembu je tapi dia jugak proses susu segar untuk pasaran sabah. Kalau dah pergi ladang lembu nih tentu2 kena beli susu lembu segar kan. So, apa lagi rembat lah banyak sikit. Susu segar satu 2.50 kalau yang perisa coklat satu 2.70. Saper yang suka minum susu disyorkan pergi tempat nih. 

Tujuan asal kan nak tengok puncak gunung kinabalu kan kan kan? Akhirnya tercapai jugak hasrat murni tuh. On the way nak balik tuh dalam pukul 6 camtu puncak kinabalu dah mula menunjukkan dirinya. ehehehe. Cer tengok cer tengok gambar kat bawah ni. Cantik kan???



Oke, tu jelah untuk hari ketiga. Banyak giler tempat pergi. Sampai2 bilik solat, mandi, makan n terus tidor. Penat oke. Giler lah. Dah rasa macam marathon masa zaman sekolah2 dulu. 

Dah2 nanti sambung untuk hari keempat merangkap hari terakhir kat sabah. Tatatata~~~

10 comments:

Papa Mifz said...

wah syok eh...berjalan sakan...:)

syrupmasin said...

untunglah aida jadi lembu :D

Aida Zafirah said...

papa mifz: memang syok...:)

Aida Zafirah said...

saleh: kurang hasam ko...hahahaha...:D

niena shopping2u said...

best nye :) teringin nk ke sana

Aida Zafirah said...

niena shopping2u: memang best...syok giler...doa banyak2...ade rezeki tuh...:)

panda putih said...

woah.. best giler!! nak pergi! yang fish spa ngn lembu tu cm masyuk gilerrrrr....... waaa, nk p

Aida Zafirah said...

panda putih: mmg best...mmg masyuk...hehehe..:)

Fyqa said...

bestnyee awk...

Aida Zafirah said...

fyqa: mmg best...hhehehe..:)