Thursday, November 25, 2010

Kegemaran dulu-dulu (part 1)....

Assalamualaikum...

Cakap pasal makanan mesti korang pernah makan macam-macam kan dari kecil sampai besar. Biasa lah kan. Lagi-lagi masa budak-budak. Lagi suka makan benda-benda yang mengarut ni. Tapi bila ingat-ingat balik, makanan ni lah yang membezakan budak-budak dulu dengan budak-budak sekarang.

Entry ni saya buat dua part tau. Mula-mula memang nak buat 1 part je tapi bila review balik banyak pulak yang nak dimasukkan. Kehkehkeh. Takkan nak buat semua dalam satu entry kan kan kan. Entry ini juga dibuat sebab saya suka makan. Woot woot woot, blink blink blink (bila cakap pasal makanan mula lah mata kau nak bercahaya ye aida)hahahaha.*_*. Okay mari mula...


Makanan pertama-JoJo, Tora & DingDang

Aku tak tau kenapa budak-budak dulu-dulu atau lebih specifically masa zaman-zaman aku suka sangat dengan menatang ni. hahaha. Tapi memang best kot. Dah lah selalu giler kuar iklan kat telebisyen tu. Memang menggoda jiwa betul. Lawak kan. Dalam kotak tu ade dua bnde-coklat yang bulat2 tu dengan permainan. Aku tak tau korang beli tak dulu-dulu, tapi aku memang beli. Motif sebenar just nak permainan je. hahahha. LoL*. Budak-budak sekarang ni mana ada dah. Aku rasa menatang ni pun diorang tak kenal. Ada gak try cari-cari kat ledai mana-mana kat rumah aku. Tapi dah takde jual dah.


Makanan kedua-keropok chicken ring

Bukan super ring tau, tapi chicken ring ye. Aku tak tau korang pernah makan or tak. Tapi ni memang favourite aku dulu-dulu kot. Lepas sekolah mesti pergi cari benda alah ni. Seronok cukup makan benda ni. Kalau tengok orang beli, tapi aku tak beli memang lah aku berlari pergi beli keropok ni. hahahaha. Dulu-dulu mana lah ade duit banyak kan. So, aku just boleh beli yang kecik je. Itu pun dah cukup happy giler dowh. Hari-hari nak makan tau.hahahaha. Lame.


Makanan ketiga-keropok lekor

Aku tau benda ni korang memang selalu makan kan kan kan. Tapi aku memang hantu giler lah keropok lekor ni. Sampai sekarang kot. Tak tau lah kenapa. hahahaha. Dulu-dulu masa sekolah ni memang antara makanan wajib yang memang aku akan beli kalau balik dari sekolah. Mak cik tu jual sekeping keropok lekor harga die 20 sen. Murah kan kan kan. Tapi masa sekolah dulu kena jimat-jimat tau sebab nak beli jugak keropok lekor ni. Duit belanja mana lah banyak sangat macam budak-budak sekarang. Paling banyak aku boleh beli 5 keping je. Tak cukup kot (nampak sangat kau kuat makan aida).

Baiklah sampai sini sahaja entry aku ni. Nanti sambung lagi dalam next part. Wait for my next update.


Thank you.

No comments: