Tuesday, November 23, 2010

Sarapan pagi hari ini...

Sebelum saya mulakan entry ni, saya nak minta maaf lah banyak2 yer kawan-kawan. Dah malam-malam baru kau nak post entry sarapan pagi tadi. Apa cerita ni???ep ep ep...jangan cakap apa-apa. Saya tahu saya cuma manusia biasa yang kuat terlupa. Manusia semuanya tidak ada yang sempurna. Ah..sudah sudah sudah ye Aida.

Kita teruskan dengan menu sarapan pagi saya bersama dengan adik terchenta saya. Oleh kerana saya kakak yang sangat baik dan kiut, saya telah buat sandwich telur yang sedap bersama dengan nasi goreng cincai.


Menu pertama: Sandwich telur




Bukan susah ye kawan-kawan nak buat sandwich ni. Sandwich ni memang dah plan nak buat lama dah. So, semalam my dad beli roti lepas dia balik solat isyak. Lepas tu my lovely ibu pun pesan macam ni:


Puan ibu: esok long buat sandwich tu lebih ye...
Cik Kak Long: kenapa??
Puan Ibu: esok ibu dengan ayah nak bawak bekal...
Cik Kak Long: *terharu....wink...wink...*_*


Jadinye inilah rupa sandwich telur saya. Untuk resepi, mudah sahaja.

Bahan-bahan:
-Telur (rebus tau)
-Mayonis
-Planta
-Roti (bahan paling penting sekali)

Cara-cara buat:
-Mula-mula rebus telur. Ikut lah berapa biji telur nak. Kalau nak buat sandwich banyak boleh lah rebus telur yang banyak.
-Lepas telur tu dah rebus, hancur-hancurkan. Nak sampai lumat pun boleh. Masa ni korang bayangkan muka orang yang korang tengah geram. Mesti syiok abis. hahahaha.
-Dah hancur, gaul telur tu dengan mayonis.
-Lepas tu boleh lah prepare sapu planta dekat roti.
-Dah sapu planta, letak lah telur yang dah gaul dengan mayonis tu kat atas roti. Nah...Dah siap...

Senang kan kan kan.


Next menu: Nasi goreng cincai

Bila saya kata cincai, ia memang cincai sangat. Saya tengok ada nasi pagi tadi dalam periuk. Lepas tu rasa sayang pulak kalau basi. Jadi saya decide goreng lah. Apa lagi kan??
Dalam ni cuma ada nasi, telur, bawang putih (untuk tumis) dengan sayur kubis. Cincai kan kan kan???

Baik. Sekian sahaja menu sarapan saya. Bagi mana-mana readers yang nak cuba resepi sandwich tu jangan malu2 yer. Selamat mencuba.


p/s:sory kalau rupa sandwich saya tak lawa. saya memang tak pandai nak kreatip2 ni. yang penting sodap.

Thank you.

No comments: