Saturday, December 25, 2010

Selamat Bercuti...

Assalamualaikum semua....

Mesti semua orang suka kan cuti2 ni. Cuba cakap siapa yang tak suka cuti ni?Budak sekolah tadika pun suka cuti tau tak??Masa cuti ni lah semua orang na buat macam2. Nak pergi holiday kat obersea lah, piknik kat waterfall lah and ade jugak yang nak pergi camping kat dalam hutan.

Tapi tu semua untuk yang berduit & ada masa cuti yang panjang. Macam mana kalau orang tu ada masalah kewangan & waktu yang terhad tapi dia nak buat jugak aktiviti dengan family or kawan2 dia??

Baik, meh sini saya nak ajar cara best untuk selesaikan masalah tu. Caranya ialah bercuti di RUMAH. Bunyi macam boring kan kan kan?? Tapi jangan risau, saya akan suggest aktiviti2 untuk hilangkan boring tu.

1. Maraton DVD

Cuba beli movie2 or cerita bersiri yang korang belum sempat tengok kat telebisyen. Tak kesah lah apa2 movie pun. Contohnya One Tree Hill, Smallville ataupun Friends. Kalau bagi peminat2 Korea pulak korang boleh lah cuba Coffee Prince, Full House ataupun kalau nak sedih sikit boleh tengok Autumn in My Heart. Mesti best!!!Boleh ajak kawan2 korang sekali.

2. Cat Bilik Tidur

Kalau tengok benda yang sama hari2, mesti boring kan??Apa kata masa cuti2 ni korang tukar cat bilik tidur korang. Korang pergi lah mana2 kedai cat, pastu pilih mana2 cat yang berkenan di hati. Tapi, jangan lupa tanya pendapat orang yang pakar untuk elakkan pembaziran. Bukan ape, kalau dah tersalah cat kan dah membazir.

3. Masuk Dapur

Bagi yang perempuan, masa cuti2 ni lah adalah masa yang sesuai untuk korang belajar masak. Bukan apa, kalau dah pandai masak takde lah asik nak makan luar je. Boleh lah save duit sikit kan??

4. Camping Kat Rumah

Bagi yang ada halaman rumah yang luas tu boleh lah camping kat rumah anda sendiri. Untuk lebih feel, cuba pasang khemah lepas tu malam2 tidur dalam khemah. Jangan tidur dalam rumah nanti tak dapat pulak feel pergi camping. Ehehehe.

5. Buat Spa Sendiri

Kalau pergi spa yang kat luar tu mesti mahal kan??Lagi mahal kalau kita buat spa kat satu badan. Apa kata kalau korang buat spa sendiri. Kan sekarang dah ada jual set spa yang boleh beli kat mana2 kedai. Korang beli lah lepas tu ajak kawan2 sekali. Mesti lagi seronok.


Amacam????Okay tak suggestion saya???Ini hanya some of suggestions from me. Korang boleh apply kalau korang rasa nak apply. Apa2 pun saya nak ucapkan SELAMAT BERCUTI untuk semua!!!!


p/s:motif saya post entry ni sebab saya sedih dah nak kena balik Kedah. Sem baru dah nak mula. Meaning that, cuti dah nak abis. Uwaaaaa....

5 comments:

ZWAN SABRI said...

same goes to me.. sedeyh jugak nak balik kedah.. huhu..

Unknown said...

weh cutinih aku marathon gleeeee..haha :)

Lina_Lin said...

wah byk nyer list nak wat..
nway,camat bercuti ya!

Unknown said...

best best maraton dvd . hehe

Aida Zafirah said...

zwan:tau xpe...

saleh:kau tak abis2 dengan glee ko....hahahaha...

lina_lin:takde lah banyak sangat...hehehehe...boleh pilih mana satu yang nak buat..

cik epal:tau xpe...saya pun suka gak maraton dvd...